Dalam sebuah kitab karangan Imam
al-Ghazali menyebutkan bahawa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut
sebagai Al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang
keduanya disebut Az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut Al-Arif.
Pada langit keempat, namanya adalah Al-Wali. Pada
langit kelima, namanya disebut At-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut Al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfuz, namanya ialah Iblis.
langit kelima, namanya disebut At-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut Al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfuz, namanya ialah Iblis.
Dia (Iblis) lupa akibat urusannya. Maka
Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu Iblis
berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku
lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau
jadikan Adam daripada tanah”. Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya,
“Aku membuat apa yang aku kehendaki”. Oleh kerana Iblis memandang
dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana
bangga dan sombong.
Dia berdiri
tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika
para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak
sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud
lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis tetap angkuh dan
enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang
sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia
merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya
pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi
hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya
seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara
dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada
sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek
tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar
seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari
syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia
tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T
melaknatinya sehingga ke hari kiamat
kerana dia menjadi kafir. Walaupun Iblis itu pada sebelumnya sangat
indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak
ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia
juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu
tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya
Iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu
mereka menjawab, “Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayaMu”. Firman
Allah bagi bermaksud, “Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman
dari tipu dayaKu”.
Setelah diusir, maka Iblis pun berkata,
“Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari syurga disebabkan Adam, dan
aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaanMu”. Lalu Allah
berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak
cucunya, sebab para nabi adalah maksum”. Berkata Iblis lagi,
“Tambahkanlah lagi untukku”. Lalu Allah berfirman dengan maksud,
“Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan
peredaran darah”.
Berkata Iblis lagi, “Tambahkanlah lagi
untukku”. Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Gerakkanlah orang
yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah
kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan
serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada
mereka”. Tak ada yang dijanjikan Iblis kepada mereka melainkan
(semata-mata) tipuan.
No comments:
Post a Comment