Wednesday 30 May 2012

Teladan Keikhlasan Daripada Ummu Salamah r.a.

Ummu Salamah dan suaminya Abu Salamah adalah antara keluarga yang pertama sekali memeluk agama Islam di Mekah. Sejak memeluk agama Islam, penderitaan seakan-akan menjadi warna dasar kepada kehidupan mereka berdua. Quraish sangat kejam dan keji menindas kehidupan mereka sehingga mereka berdua terpaksa berhijrah ke Habsyah. Tidak lama di Habsyah, mereka berdua kembali ke Mekah dengan harapan penindasan Quraish telah berkurangan. Tetapi sesampainya di Mekah ternyata Quraish semakin bermaharajalela sehingga Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.

Ketika hendak berhijrah ke Madinah, Ummu Salamah bersama suaminya mengalami sebuah peristiwa yang sangat memilukan. Kabilah Bani Mughirah yang merupakan keluarga Ummu Salamah menahan mereka. Mereka tidak membenarkan Abu Salamah membawa Ummu Salam berhijrah ke Madinah. Maka dalam keadaan menangis Ummu Salam terpaksa berpisah dengan suami tercinta. Ternya penderitaan tidak berakhir setakat itu sahaja. Kabilah Bani Asad yang merupakan keluarga dari suaminya mendatangi Kabilah Bani Mughirah. Keluarga suaminya itu berkata kepada Bani Mughirah, "Kamu semua boleh ambil kembali anak perempuanmu (Ummu Salamah) tetapi cucunya adalah anak kami. Maka biarkan kami mengambil cucu kami itu." Terjadilah perebutan paksa yang mengakibatkan salah satu lengan anak Ummu Salamah terputus. Akhirnya, Bani Asad berjaya membawa lari anak itu.

Setelah itu selama tahun Ummu Salamah setiap hari keluar rumah untuk menangis di tengah padang pasir. Keadaanya itu sangat memilukan dan menyedihkan hati setiap orang yang melihatnya. Setelah setahun akhirnya ada seorang saudaranya yang merayu kepada Bani Mughirah."Alangkah zalimnya kita ini. Sudahlah kita pisahkan dia dari suaminya. Kemudian, kita pisahkan pula dia dari anaknya. Kini sudah setahun dia menangis setiap pagi di padang pasir."

Kabilah Bani Mughirah akhirnya merasa kasihan. Mereka memanggil Ummu Salamah dan memberinya kebenaran untuk menjumpai suaminya. Kabilah Bani Asad yang mendengar hal itu juga menjadi kasihan dan menyerahkan anaknya kepadanya. Maka Ummu Salamah pun pergi ke Madinah ditemani oleh Ustman bin Abu Talhah. Di Madinah, Ummu Salamah menemui kebahagiaan yang memenuhi ruang hatinya. Dia kembali hidup bersama suami dan anaknya yang tercinta.

Namun, suratan takdir seakan tidak membiarkan kebahagiaan itu kekal lama di dalam rumah tangganya. Anaknya yang terpisah lama dari ibunya sakit dan meninggal dunia. Hari kematian anaknya itu, Abu Salamah berada di luar rumah. Pada saat kembali ke rumah, Abu Salamah menanyakan anaknya kepada Ummu Salamah. Jawab Ummu Salamah, "Wahai kanda, apakah yang harus kita lakukan jika orang yang menitipkan barang, meminta kembali barang tersebut kepada kita?" "Sudah tentu kita harus mengembalikan barang itu dengan serta merta." jawab Abu Salamah, "Ketahuilah kanda, ALLAH SWT telah menitipkan anak kita kepada kita sekian lama dan pada hari ini ALLAH telah mengambil kembali titipan tersebut."

Demikianlah kehebatan keikhlasan dalam jiwa Ummu Salamah. Anak yang diperjuangkan dengan menangis di tengah pada pasir selama setahun telah kembali kepada ALLAH SWT. Namun beliau begitu pasrah dan ikhlas menerimanya. Penderitaan itu ternyata belum berakhir. Tidak lama setelah kematian anaknya itu, suaminya Abu Salamah jatuh sakit. Sehingga sampailah takdir ALLAH SWT dengan meninggalnya suami tercinta.

Sebelum meninggal, Abu Salamah berpesan kepada isterinya, " Jika aku meninggal bacalah doa berikut: "Sesungguhnya kita hanya milik ALLAH dan akan kembali kepada-Nya. Ya ALLAH, berilah aku ganjaran pahala atas musibah ini dan anugerahkan kepadaku ganti yang lebih baik lagi."

Setelah Abu Salamah meninggal, Ummu Salamah menjalankan wasiat suaminya dengan membaca doa tersebut. Namun dalam hati belia berkata, "Duhai mana ada orang yang lebih daripada almarhum suamiku Abu Salamah." Ternyata doa dan keikhlasan Ummu Salamah selama ini tidak pernah dipersia-siakan ALLAH SWT. Setelah habis masa idah (masa menunggu) Rasulullah SAW mendatangi Ummu Salamah dan meminangnya menjadi Ummul Mukminin.

SubhanALLAH, demikianlah cerita keikhlasan Ummu Salamah berakhir dengan kebahagiaan sebagai isteri yang mendampingi Rasulullah SAW. Manakala kedudukannya dalam Islam adalah sebagai ibu kepada orang-orang yang beriman.

Batu Kerikil Bertasbih Di Telapak Tangan Rasulullah.

             


 Abu Zar r.a suka mendampingi Rasulullah SAW untuk mendengar hadis dan belajar daripada baginda. Pada suatu hari, Abu Zar r.a. pergi menemui Rasulullah SAW di satu tempat. Rasulullah SAW bertanya: "Apa yang menyebabkan kamu datang ke mari?" Maka dijawabnya kerasa rasa cinta dia kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Kemudian baginda meminta Abu Zar r.a. duduk di sampingnya.

Kisah Ibnu Sina

Ibnu Sina merupakan ahli perubatan pertama yang melakukan suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum dan melakukan pembedahan menggunakan bius.

Beliau amat dikagumi oleh para sarjana Arab dan Eropah. Di kalangan sarjana Eropah, beliau dikenali dengan nama Avicenna. Beliau dilahirkan di sebuah bandar di kawasan Uzbekistan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Ibnu Sina telah menguasai bahasa Parsia dan Arab sejak kecil lagi. Beliau telah menghafal seluruh isi AL-QURAN pada usia 10 tahun.

Saturday 5 May 2012

Tragedi Titanic Dan Bersih 3.0

Bulan April 2012 hampir menutup tirainya. Banyak kejadian yang berlaku pada bulan ini.

Bermula 11 April berlaku 2 gempa besar melanda Aceh bersamaan hari tersebut adalah hari pertabalan Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-13.15 April, sambutan 100 tahun tragedi Titanic berlangsung. 16 April, paus vatican Pope Bendeict XVI menyambut hari jadinya ke 35. Bersih 3.0 baru-baru ini adalah pada 28 April sebagai penutup.

Tulisan kali ini hendak menceritakan 2 peristiwa yang berkaitan dengan kebangkitan ummah ke-2. Peristiwa pertama ialah ulang tahun tragedi Titanic yang ke 100 manakala yang kedua ialah peristiwa Bersih 3.0 yang masih segar di minda kita.

Dua peristiwa yang berbeza masa, berbeza tempat, berbeza situasi, berbeza keterukan tragedi NAMUN PERSAMAAN MEREKA IALAH MEREKA MENDAPAT LIPUTAN DUNIA.

Tragedi Titanic berlaku pada tahun 1912 manakala bersih 3.0 pada 2012

Tragedi Titanic berlaku di barat, manakala Bersih 3.0 berlaku di timur


Wednesday 25 April 2012

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.