Wednesday 30 May 2012

Kisah Ibnu Sina

Ibnu Sina merupakan ahli perubatan pertama yang melakukan suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum dan melakukan pembedahan menggunakan bius.

Beliau amat dikagumi oleh para sarjana Arab dan Eropah. Di kalangan sarjana Eropah, beliau dikenali dengan nama Avicenna. Beliau dilahirkan di sebuah bandar di kawasan Uzbekistan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Ibnu Sina telah menguasai bahasa Parsia dan Arab sejak kecil lagi. Beliau telah menghafal seluruh isi AL-QURAN pada usia 10 tahun.



Pada usia 16 tahun, beliau mula mempelajari ilmu perubatan dan menguasainya dengan mahir dua tahun kemudian. Ketika usia yang masih muda, Ibnu Sina berjaya mengubati raja setelah para doktor dan pakar gagal mengubatinya. Ibnu Sina menghabiskan masanya dengan membaca sehingga berjaya menguasai pelbagai ilmu dengan baik.

Selain suka membaca, Ibnu Sina juga sangat rajin menulis. Karya pertama beliau dihasilkan ketika berusia 21 tahun. Paling sedikit beliau akan menulis tujuh buah buku dalam sebulan. Ibnu Sina telah menghasilkan 456 buah buku sepanjang hayatnya yang singkat itu.

Di antara karyanya yang paling agung dan termasyhur dalam bidang perubatan ialah kitab AL-QURAN fi AL-TIBB atau Canon of Medicine. Buku tersebut ditulis berdasarkan hasil kajian beliau terhadap ilmu perubatan Yunani, Arab dan Parsi dan juga hasil kajiannya sendiri. Kewibawaan buku ini terbukti setelah ia dijadikan bahan rujukan utama dalam perubatan di Arab dan Eropah selama 600 tahun

Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah, bertepatan dengan tahun 1037 Masihi. Islam telah kehilangan seorang sarjana besar yang menyerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk mendalami ilmu pengetahuan yang dapat diwarisi zaman-berzaman.

No comments:

Post a Comment