Rasulullah SAW bersabda dalam satu
hadisnya yang bermaksud: “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua
malaikat. Malaikat di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri.
Sekiranya seseorang anak Adam melakukan
dosa maka malaikat di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di
sebelah kanan. Katanya, “Apakah yang harus aku catit?”
Kata malaikat di sebelah kanan,
“Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan.
Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi, “Kalau ia telah melakukan
lima kesalahan,apa yang harus aku catitkan?”
Jawab malaikat kanan, “Biarkannya,
sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah
SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat sepuluh pahala. Oleh itu,
hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih
simpankan padanya lima pahala lagi.”
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Jika begini, sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?”.
Demikianlah Rahmat Allah SWT pada
hamba-Nya, kasih sayang-Nya mlimpah ruah tiada terbatas. Hanya
hamba-Nya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta
kemewahan dunia.
No comments:
Post a Comment