Malaikat Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling
mulia dan bersaiz besar di sisi Allah SWT Ia ditugaskan untuk meniup
sebanyak tiga kali tiupan sangkakala pada hari kiamat. Seperti
malaikat-malaikat yang lain ia diperbuat dari Nur. Ia berbulu dari
kepala hingga kedua telapak kakinya dan mempunyai banyak mulut dan
lidah. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas
kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.
Jumlah
sayap malaikat Israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya
sampai ke barat, sayapnya
yang kedua sampai ke timur, yang ketiga boleh
menutupi seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya. Ia
mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.
At-Tabrani
meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA:"Sewaktu Rasulullah SAW bersama-sama
dengan malaikat Jibrail tiba-tiba ufuk langit terpecah, maka
menghadaplah satu lembaga malaikat tertunduk dan condong ke bumi.
Berkata malaikat itu: "Hai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT menyuruh
kamu agar memilih antara menjadi nabinya hamba atau jadi rajanya nabi".
Adapun
"rajanya nabi" mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepadanya
dan tidak melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT kepadanya. Ia
menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta negara
terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Mereka
menghindari dari sesuatu yang menimbulkan dosa. Nabi yang menjadi raja
adalah seperti nabi Sulaiman AS, nabi Daud AS dan lain-lain. Adapun
"nabinya hamba" tidak memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan
perintah Allah SWT. Ia tidak memberikan kepada sesiapa yang
dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada sesiapa yang
mengkehendakinya, dia hanya memberi dan menghalangi atas perintah Allah
SWT.
Rasulullah SAW bersabda: "Jibrail memberi isyarat kepadaku
dengan tangannya agar merendah. Maka tahulah aku bahawa itu nasihat
untukku, maka aku berkata, "hambanya nabi". Kemudian malaikat itu naik
ke langit maka aku berkata, hai Jibrail, aku sungguh ingin bertanya hal
ini kepadamu, tapi aku melihat halmu menyusahkan aku untuk mengemukakan
pertanyaan itu. Siapakah itu wahai Jibrail? Jibrail menjawab, Itulah dia
malaikat Israfil Allah menciptakannya pada hari kejadiannya di
hadapannya dengan dua kakinya lurus bersaf, tidak pernah mengangkat
hujungnya."
Ia tertutup di dalam beberapa lapisan dinding.
Disebutkan bahawa jarak di antara malaikat Israfil dengan Arasy dilapisi
dengan tujuh dinding yang mana satu dinding adalah sejauh lima ratus
tahun perjalanan dan jarak malaikat Israfil dengan malaikat Jibrail kira
kira tujuh puloh dinding. Imam Ahmad RAH. meriwayatkan dari Abu Said
RA, Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang malaikat peniup sangkakala,
dengan sabdanya: "Disebelah kirinya ada malaikat Jibrail dan disebelah
kanannya ada malaikat Mikail"
Salah satu tiang Arasy berada di
atas pundaknya. Menurut riwayat, Lauhil Mahfuzh itu bergantungan di
bawah Arasy dan malaikat Israfil berada di hadapan Lauhil Mahfuzh
tersebut. Adapun apabila setiap keputusan Allah SWT tercatit di Lauhil
Mahfuzh, maka terbukalah dinding-dinding yang menghalanginya dan
malaikat Israfil pun melihatnya. Apabila ia adalah tugas malaikat
Jibrail, maka malaikat Israfil akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk
melaksanakanya, begitu juga apabila untuk tugasan-tugasan malaikat
Mikail dan malaikat Izrail, ia akan memerintah mereka untuk
melaksanakannya.
Malaikat Israfil sentiasa meletakkan terompet
sangkakala di mulutnya. Disebutkan bahawa terompet malaikat Israfil itu
bercabang empat. Satu cabang diarahkan ke barat, satu ke timur, satu ke
bawah bumi dan satu diarah kan ke langit yang ke tujuh. Adapun lingkaran
kepala terompet itu selebar langit dan bumi. Di dalamnya terdapat
pintu-pintu sebanyak bilangan para arwah. Ada tujuh puloh rumah di
dalamnya. Di antaranya rumah arwah para Nabi AS, arwah para manusia,
para jin, syaitan, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Abu
Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang
terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa
yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar
langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama
membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga
untuk membangkitkan makhluk dari kubur".
Warna malaikat Israfil
adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi kuning
adalah kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi
malaikat Israfil Sabda Rasulullah SAW: "Bagaimana manusia boleh merasa
senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah bersiap sedia
meniupnya dan menundukkan keningnya serta memasang telinganya siap
menunggu perintah".
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment