Alhamdulillah kerana saat ini aku masih
diberi nafas untuk hidup di bumi Allah yang maha luas ini. Manusia yang
hidup tak pernah lari dari membuat kesilapan kerana kealpaan dan sifat
manusia itu sendiri. Manusia juga tak dapat lari dari digoda iblis dan
anak cucunya yakni syaitan. Oleh yang demikian kita dapat lihat di dunia
sekarang pelbagai masalah yang timbul akibat sifat manusia yang tidak
berpegang teguh pada kalam Allah.
Jesteru itu di sini aku ingin berkongsi
satu kisah tauladan yang pernah dibaca satu ketika dahulu buat tatapan
korang. Moga ia membawa 1001 penghayatan dan keinsafan pada diri kita, hamba Allah S.W.T.
korang. Moga ia membawa 1001 penghayatan dan keinsafan pada diri kita, hamba Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W
telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana
takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu
daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut
kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.”
Akhirnya Allah S.W.T
mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat
sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.
Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”
Dalam sebuah kitab
lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan
didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan
api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana
kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu
lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada
lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan
kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau
kerjakan.” (Surah Al-Jatsiyah: ayat 28)
Sebaik sahaja mereka
menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan
nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara
nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada
waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,
“Diriku, diriku (selamatkanlah diriku ya Allah) kecuali hanya seorang
nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah
api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha
menghalanginya dengan berkata, “Wahai api, demi hak orang-orang yang
solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang
khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata
demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril
berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril
membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.
“Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu
Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka terpadamlah api
itu.
Setelah itu
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah
air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di
kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang
aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan
pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda
Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang
menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
Selesai sudah kisah tauladan yang
aku ingin kongsikan. Bagaimana? Apabila korang baca kisah ni, ada tak
dalam hati korang berdegup sebentar, kemudian mata mula berair, diikuti
dengan rasa terharu dan insaf? Jika tiada perasaan sedemikian,
kemungkinan hati korang tu sudah gelap dari sinaran cahaya iman. Dari
pengalaman aku membaca kisah-kisah tauladan, kisah Nabi dan pelbagai
kisah yang sebegini, aku pasti akan terasa degupan kencang dalam hati
dan kadangkala sehingga aku menangis sendiri.
Aku bukan insan yang berperwatakan baik
dalam dunia ini, namun sekurang-kurangnya aku ingin berbakti kepada
manusia dengan berkongsi ilmu dan kisah yang baik untuk kita sama-sama
memperbaiki diri. Inilah saham akhirat yang dapat dikumpul apabila kematian menjemput sesuai dengan sabda nabi di bawah.
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” – Rasulullah S.A.W.
No comments:
Post a Comment