Anas bin Malik R.A. berkata, “Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah S.A.W berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah dengan kota Madinah ialah sebulan perjalanan. Maka dalam keadaan matahari yang redup itu, turunlah malaikat Jibrail ke bumi”.
Apabila melihat kedatangan Jibrail, maka
Rasulullah pun bertanya, “Wahai Jibrail, kenapa matahari ini terbit
dalam keadaan redup?” Malaikat Jibrail menjawab, “Matahari hari ini
nampak seperti redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap para
malaikat”. Rasulullah terkejut lalu bertanya, “Apa halnya maka terjadi
yang sedemikian?”
Kata
Jibrail, “Ini adalah kerana Mu’awiyah meninggal dunia di Madinah, lalu
Allah telah mengutuskan sebanyak 70,000 malaikat supaya membaca selawat
untuk Mu’awiyah”. Rasulullah yang kehairanan bertanya lagi, “Apakah
sebabnya?” Maka Jibrail pun menjawab, “Ini adalah kerana Mu’awiyah
selalu banyak membaca ‘Qul huallahu Ahad‘ (surah Al-Ikhlas) pada waktu malam, siang, berjalan, berdiri, duduk, pergi dan balik pada setiap keadaan”.
Malaikat Jibrail menambah lagi, “Ya
Rasulullah, mahukah kamu jika aku menggenggam bumi ini supaya bumi dapat
membaca selawat untuk Mu’awiyah?” Rasulullah berkata, “Ya Jibrail,
teruskanlah”. Setelah mendapat perintah dari Rasulullah, maka malaikat
Jibrail pun memukul kedua-dua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi
menjadi sempit. Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah dapat melihat
di belakangnya diiringi oleh malaikat yang berbaris-baris. Setiap satu
baris itu terdapat 70,000 para malaikat.
Setelah itu Rasulullah pun mengerjakan
solat untuk Mu’awiyah. Rasulullah bersabda, “Barang siapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka mayatnya
tidak akan busuk di dalam kubur dan dia akan selamat dari kesempitan
kubur. Para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian Siratul Mustaqim menuju ke syurga”.
No comments:
Post a Comment