Allah
SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa iblis laknatullah
supaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala
rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah
untuk meninggikan darjat nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan
dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa
iblis dan berkata, "Hai iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha
Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah SAW. Hendaklah
engkau buka segala rahsia
engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah
SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau
berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala
suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat
keras"
Demi mendengar sahaja kata malaikat yang dahsyat itu,
iblis laknatullah sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap
Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah
matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis laknatullah pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab
oleh Rasulullah SAW. Maka iblis laknatullah berkata,"Ya Rasulullah!
Mengapa dikau tidak menjawab salam aku? Bukankah salam itu sangat mulia
di sisi Allah?"
Maka jawab Nabi SAW dengah marah "Hai Aduwullah
seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba
hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Adam nabi Allah sehingga keluar
dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan
engkau, Ayub nabi Allah engkau tipu dengan asap racun ketika dia sedang
sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Daud nabi
Allah dengan perempuan Urya, Sulaiman nabi Allah meninggalkan
kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga
beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat
hasutan engkau. Hai iblis laknatullah! Sebenarnya salam itu sangat mulia
di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak
menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah
iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa
kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Iblis laknatullah berkata:
"Ya Nabi Allah! Janganlah dikau marah. Kerana tuan adalah Khatamul
Anbiya maka tuan dapat kenal akan aku. Kedatangan aku adalah disuruh
Allah untuk memberitahu segala tipu daya aku terhadap umat tuan dari
zaman Adam nabi Allah hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang
tuan tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya,
tiadalah aku berani sembunyikan." Maka iblis laknatullah pun bersumpah
menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta
barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku menjadi abu"
Apabila
mendengar sumpah iblis laknatullah itu, Nabi SAW pun tersenyum dan
berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala
perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini
dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.
Allah SWT telah
memerintahkan seorang malaikat berjumpa iblis laknatullah supaya dia
berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya,
samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk
meninggikan darjat nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan
perisai kepada umat manusia.
Maka malaikat itu pun berjumpa
iblis laknatullah dan berkata, "Hai iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia
dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah SAW.
Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh
Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau
engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala
suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat
keras"
Demi mendengar sahaja kata malaikat yang dahsyat itu,
iblis laknatullah sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap
Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah
matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis laknatullah pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab
oleh Rasulullah SAW. Maka iblis laknatullah berkata,"Ya Rasulullah!
Mengapa dikau tidak menjawab salam aku? Bukankah salam itu sangat mulia
di sisi Allah?"
Maka jawab Nabi SAW dengah marah "Hai Aduwullah
seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba
hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Adam nabi Allah sehingga keluar
dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan
engkau, Ayub nabi Allah engkau tipu dengan asap racun ketika dia sedang
sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Daud nabi
Allah dengan perempuan Urya, Sulaiman nabi Allah meninggalkan
kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga
beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat
hasutan engkau. Hai iblis laknatullah! Sebenarnya salam itu sangat mulia
di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak
menjawabnya kerana diharamkan Allah SWT. Maka aku kenal baik-baik
engkaulah iblis laknatullah, raja segala iblis, syaitan dan jin yang
menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"
Iblis
laknatullah berkata: "Ya Nabi Allah! Janganlah dikau marah. Kerana dikau
adalah Khatamul Anbiya maka dikau dapat kenal akan aku. Kedatangan aku
adalah disuruh Allah SWT untuk memberitahu segala tipu daya aku terhadap
umat mu dari zaman Adam nabi Allah hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah!
Setiap apa yang dikau tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan
sebenarnya, tiadalah aku berani sembunyikan." Maka iblis laknatullah pun
bersumpah menyebut nama Allah SWT dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya
aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan aku
menjadi abu"
Mendengarkan pengakuan iblis laknatullah dan
sumpahnya, maka Rasulullah SAW berasa sukacita dan merasakan inilah
peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan iblis
laknatullah dengan disaksikan oleh sekelian sahabat RA yang hadir di
majlis berkenaan. Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada
sekelian umat hingga kemudian hari.
Rasulullah SAW bertanya: "Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?"
Jawab iblis laknatullah: "Ya Nabi Allah, dikaulah musuh aku yang paling besar daripada segala seteru ku di muka bumi ini."
Maka
Rasulullah SAW merenung wajah iblis laknatullah menyebabkan iblis
laknatullah menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan
terlalu gerun akan kebesaran Baginda SAW.
Jawab iblis laknatullah:
"Ya Nabi Allah, aku mampu menyamar sebagai sesiapa juga termasuk haiwan
bersekali dengan suara-suara yang tepat. Aku ditegah Tuhan Azza Wajalla
untuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian,
nescaya terbakarlah aku menjadi abu. Aku bersungguh-sungguh merentap
iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir ialah kerana dikau
bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada
seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga
kesungguhan aku menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Aku
tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan
beralih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan mauk ke neraka
bersama-sama dengan ku serta kekal di dalamnya buat selama-lamanya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?"
Jawab iblis laknatullah:
"Ya Nabi Allah, aku goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua
pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga
menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Aku goda segala
manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan-minum dan
berbuat kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta-bendanya
daripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas
segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan
terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang aku
perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat
sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka
aku akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah,
meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya
meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu aku
hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu
maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga melakukan
perzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka
terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri.
Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat
atau beramal-ibadat, aku akan halang mereka sehingga mereka bertangguh
dan bertempoh dalam berbuat kebajikan. Aku juga akan menggoda dengan
lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka
telah ramai umat dikau telah aku sesatkan dengan jalan ini dengan
bantuan jin, syaitan dan iblis di mana aku menyuruh mereka menghasut
seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka
digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takabbur, ujub
serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka
digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan
mengumpat satu sama lain. Demikianlah aku menghasut mereka semasa siang,
malam, pagi dan petang."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai
iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk
melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu
bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan
ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah
sekali?"
Rasulullah SAW bertanya:" Hai laknatullah!
Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau?
Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mata
engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah
yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang Maha
Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan aku
melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan juga sedia maklum bahawa aku
pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud
kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telah dinaikkan
darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Aku pun mendiami
tempat ku dengan beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat
kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama. Tiba-tiba
datang firman Allah SWT kepada ku sekeliannya mengenai dijadikanNya
seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantah kerana tidak
suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki
dan dititahkan aku dan sekelian malaikat memberikan penghormatan kepada
Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan aku telah mengingkari
hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya aku
sehingga hari Qiamat. Wajah ku yang selama ini bercahaya dan cantik
telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Aku sakit hati dan
begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza
Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri
untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah
mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad-dengki ku menjadi-jadi
kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya
aku telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi
larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan
buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan
diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami-isteri beberapa lama
sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan
selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan
perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil
supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun aku masih tidak
berpuas hati sehingga aku dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas
sekelian anak-cucunya hinggalah ke Hari Qiamat. Tetapi dikau telah
menghalang pekerjaan ku dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada
pun sebelum dikau diputerakan ke dalam dunia ini, aku bersama-sama bala
tentera ku mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan
tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala
serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan
mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila aku turun ke dunia, maka aku
khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai
tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bidaah dan karut.
Tetapi apabila dikau zahir ke alam dunia ini, maka aku tidak dizinkan
Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tiadalah lagi mendapat apa-apa
rahsia umat mu. Ramai malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan
langit dan jika aku berdegil untuk naik ke langit, nescaya malaikat akan
melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera
ku daripada golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat
sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Aku dan bala tentera ku amat
susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula dikau dapat
menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekelian
raja-raja dan di khalayak ramai."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?"
Jawab iblis laknatullah:
"Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka
kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati
mereka. Namun jika mereka gagal aku pesongkan, aku akan berusaha menarik
mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan,
mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan ku"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Itulah sebesar-besar kesusahan kepada ku. Gementarlah seluruh badan ku
dan lemahlah tulang sendi ku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan
syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi
anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam
solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan
pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya.
Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya
ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling
ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta
hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang
bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang,
bunyi-bunyian dan sebagainya - yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis
duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya
lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering
bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan
mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda
seperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya."
Rasulullah SAW bertanya: "Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah:
"Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuh
ku serta putus-putus segala urat ku, maka larilah aku dari mereka."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah: "Telah binasalah diri ku dan gugurlah tulang ku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah:
"Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap ku
kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan
Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi
orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang
Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan
pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama
ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialah segala isi
langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalah burung-burung dan
ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka
bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang
berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah
Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari
dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga
dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga.
Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa, datanglah segala bala tentera
malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan
perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera ku iaitu jin,
syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan
dirantainya kami sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat
dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai
ibadat puasa umat mu, baharulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh
mengganggu mereka. Dan umat mu sendiri telah merasa kesenangan dalam
menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di
waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa
takut seperti malam-malam yang lain"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat mu adalah sebesar-besar
seteru kepada ku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak ada
satu pun tipudaya ku dapat memasuki mereka, kerana dikau pernah berkata
sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu
mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah,
sekelian para sahabat mu sangat taat mengerjakan perintah mu lagi setia
serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariat mu kepada
sekelian manusia menerusi Al-Qur an dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu
Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersama mu
pun, aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingi
mu. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliau
telah menjadi wazirul a zam dan dikau telah berkata bahawa kiranya
ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia
ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau
telah menjadi bapa mertua mu dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina
Aishah yang sangat hafiz hadis-hadis mu. Ada pun sahabat mu, Sayyidina
Umar Al-Khattab, aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliau
sangat tegas dalam menjalankan hukum syariat mu. Jika aku terpandang
wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi ku kerana tersangat takut
kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau ba pernah
bersabda, jikalaulah ada lagi nabi selepas aku, nescaya Umar boleh
menggantikannya kerana harapan besar dikau ke atasnya. Beliau juga mampu
membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar
Al-Faruk . Ada pun sahabat mu, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih
lagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca
Al-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang
yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu mu sebanyak 2
kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para malaikat dengan
penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telah
berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada
kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat
pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat
mu, Sayyidina Ali bin Abi Talib, aku sangat takut kepadanya kerana
kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan
peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin
memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka
kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah
julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan
menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar
Ali KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Dikau pernah bersabda,
akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahan pula,
beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri aku
kepadanya."
Rasulullah SAW bertanya: "Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?"
Jawab iblis laknatullah:
"Adalah umat mu ada tiga golongan (1) Seperti air hujan turun dari
langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan
pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada
manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala
tegahanNya dan kata (malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita dunia dan
pelita akhirat (2) Umat mu itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar,
bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan
bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umat
mu itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamak dengan harta dunia
(dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitalah
aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk ke dalam tubuh mereka, aku
putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas
jalan kejahatan, aku tarik ke mana (sahaja) sesuka hati ku, jadi
sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu,
dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan
zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak
beribadat, aku goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu,
maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan
kesenangan, maka (aku) lupakan mereka dari beramal, tidak mahu
mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri
mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumi kerana
mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan
kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka
sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya
asyik dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam dan
benci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta
mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada
perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian."
Rasulullah SAW bertanya: "Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang-orang yang meringankan syariat mu dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam."
Rasulullah SAW bertanya: "Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji."
Rasulullah SAW bertanya: "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?"
Jawab iblis laknatullah:
"Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak
membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan,
nescaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari."
(Inilah
doanya sebelum sampai ke tandas - Bismillahi AllaHomma Innii a uu
dzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlah
kaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan dan
apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati
GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan
apabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii
minnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi) Maka jika dibacakan
doa-doa tersebut, larilah aku daripadanya
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia
membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa
minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah aku
daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) akulah
yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak
(hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta
malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian
ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak
membaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, akulah yang terlebih dahulu
makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi
mereka tidak kenyang."
Rasulullah SAW bertanya: "Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada
Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta
apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah
kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat
sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah
bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq
waa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka
ghaafirudzzanbil aziim"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau
menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggal
mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga,
(menjadi) tempat ku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang
tidak mencukurnya atau mencabutnya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah saudaramu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka
dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka aku akan mengulitnya
sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu
zohor, asar dan maghrib, aku (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi
malas mengerjakan solat."
(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikan
sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat,
memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT"
(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?"
Jawab iblis laknatullah: "Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan
salam (Assalaamualaikum warohmatull hiwabaa rakaatuh) dan dijawab oleh
saudaranya, maka terasa seperti pecah dada ku, maka aku pun meratap
kerana kedua-duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau
ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah
nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka aku duduk
pada leher perempuan-perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya
(perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila
terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya
(perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang
membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya
(perempuan), aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta aku
panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau
salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada
memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak
memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Di manakah kediamanmu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan
sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu,
kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungkan hati mereka supaya
bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah
berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah aku
pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang
menunjukkan betapa nipisnya iman mereka."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?"
Jawab iblis laknatullah: "Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ."
Rasulullah SAW bertanya:
"Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat
dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang
tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin)
dalam keadaan lalai"
Jawab iblis laknatullah: "Adapun
orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, (maka) mudahlah untuk
aku merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu
(sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan cuba merosakkan
solatnya, aku takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu
menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara
bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memuji
Tuhan, bernasyid serta berselawat di atas nabi"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?"
Jawab iblis laknatullah:
"Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram
kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak
tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta
memenuhi perutnya dengan kenyang sekali"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk
hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain
padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT
serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka
yang paling bawah bersama-sama dengan ku."
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum
Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan
dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Telah subur dan bertunaslah hasutan ku dan pekerjaan ku."
(Sabda
Rasullullah SAW - yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di atas
kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu
ulama dan seribu syuhada, Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Akan
datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang
membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis
bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan
seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki), (2)
Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja
yang zalim, dan (3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia
dengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan
nama Allah SWT )"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya ku telah mereka leraikan"
(Maka
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia
akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran
(kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT., (3)
Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada
sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal
Mustaqiim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke
dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda
Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik
daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu
mendapat 27 darjat - serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak
(anak) dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah: "Mereka telah membelah muka ku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba."
(Maka
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa berselawat ke atasku,
maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan
dia adalah sebahagian daripada isi syurga"
Rasulullah SAW bertanya:
"Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid, bagaimanakah
keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: "Hai sekelian
malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan
sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan." Maka apabila telah
selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT: "Hai
umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku
telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku
telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!".
Jawab iblis laknatullah:
"Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersolat Hari
Raya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjerit
sehingga datang sekelian bala tentera ku dan (mereka) bertanya hai raja
kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit
atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang
di langit dan di bumi. Maka aku menjawab hai bala tenteraku! Apa yang
menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat
Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah
kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad?
Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh Rahmat
serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan
mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas
beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan ke mari serta asyik
berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat
supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala ke
atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam
hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera iblis syaitan untuk
mengganggu umat Muhammad"
Rasulullah SAW bertanya: "Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Telah bersusah payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba
mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka
lemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka
betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku pun berpaling
(dan) pergi"
(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin
fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan
sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii, wada autanii
ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainnii astaghfiruka
faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa datanii alaihitsawwaab )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah:
"Ya Nabi Allah! Putuslah harapan ku, kerana barangsiapa membaca doa
awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku
kesalahan hambaNya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan)
disebabkan orang yang membaca doa ini."
(Doa Awal Tahun
AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, as aluka
fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa
dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii
ilaika yaa Kariim )
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"
Jawab iblis laknatullah:
"Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat
dosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan
(menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis)
maksiat, maka aku gembira. Tiba-tiba, mereka mengucapkan kalimah-kalimah
Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah aku, kerana pada
masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembara sambil bersiul-siul dan
orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang
yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para malaikat akan
hadir bersolat bersama-sama dengan mereka ."
Rasulullah SAW bertanya:
"Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku,
kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan
sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripada gelap gelita
kepada terang benderang?!"
Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke
hadhrat Tuhan dan berkata: "Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau,
sentiasalah aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik
sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa
di tubuh mereka, aku jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan,
supaya aku dapat mencelah di dalamnya."
(Maka) Datanglah Firman
Allah SWT :"Hai mala'un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku
sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu
memohon ampun kepadaKu"
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab iblis laknatullah:
"Ya Rasulullah! Bahawasanya aku sangat ajaib (hairan) melihat dua macam
hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan
Tuhan, walhal mereka itu taatkan aku dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu
sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutan ku."
(Maka)
Datanglah Firman Allah SWT: "Hai mala un! Demi Kemuliaan dan
KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan : (1)
Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat
mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan
kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu"
Maka
iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi
Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani
hambaNya dengan limpah rahmatNya.
Setelah selesai baginda
Rasulullah SAW berdialog dengan iblis laknatullah, maka baginda SAW pun
menghalau iblis laknatullah dengan sabdanya : "Wahai laknatullah!
Nyahlah engkau dari hadapanku ini" Maka iblis laknatullah pun keluar
dengan perasaan yang amat dukacita.
Maka hairanlah para sahabat
RA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblis
laknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia.
Sabda Nabi
SAW: "Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis laknatullah
telah membuat kesalahan atas beberapa sebab: (1) ia engkar dan membantah
perintah Tuhan, (2) ia takbur dan besar diri (3) ia berhasad dengki
dengan nabi Adam AS (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari)
seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada
Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke
atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam AS"
Nabi
SAW berkata lagi: "Bahawa pada suatu hari, iblis mengadap Musa bin
Imran AS dan berkata : Yaa Nabi Allah! Apabila tuan hamba bermunajat
kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendak bertaubat kepada Allah
SWT, adakah (taubat) aku diterimanya?"
Maka sukacitalah nabi Musa
AS mendengarkan iblis laknatullah yang hendak bertaubat itu lalu
baginda menyanggupi permintaan iblis laknatullah. Setelah tiba di Bukit
Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka
datanglah firman Allah SWT: "Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku
ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur nabi
Adam". Maka nabi Musa AS pun menyampaikan firman Allah SWT kepada iblis
laknatullah. Iblis laknatullah mengeluh dan berkata: "Wahai Musa! Semasa
Adam masih hidup pun aku tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula,
Adam telah mati." Maka iblis laknatullah pun beredar.
Sabda Nabi
SAW: Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara: (1) Dengan
ilmu para ulama, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (3) Dengan
kemurahan (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin.
Maka
sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil
dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia
(ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau
menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan
(hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan
sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment