Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan
Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S. berjalan di hadapan
seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang
sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa berada di hadapannya maka dia
pun berkata, “Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia
memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya”.
Berkata Nabi Isa, “Wahai saudaraku, kamu
tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu”. Berkata pemuda
itu lagi, “Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah”. Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa A.S. pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
itu lagi, “Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah”. Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa A.S. pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang
beberapa lama Nabi Isa datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya
berdoa, tetapi Nabi Isa tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka
Nabi Isa pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut,
dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu
telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa mendengat penjelasan
orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai
Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”. Selesai sahaja Nabi
Isa berdoa, maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di
antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya
memandang ke langit.
Nabi Isa pun menghampiri pemuda itu
dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salamnya, lalu
Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa”. Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu
yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan
manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah
cintanya kepadaKu. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau
memotongnya dengan gergaji sekali pun tentu dia tidak mengetahuinya”.
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara
tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah
orang yang tertipu.
- Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
- Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
- Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
- Mereka cinta kepada dunia tetapi mereka lupa kepada akhirat.
- Mereka cinta kepada harta benda tetapi mereka lupa kepada hisab.
- Mereka cinta kepada makhluk tetapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.
- Mereka cinta kepada dosa tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
- Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah tetapi mereka lupa kepada kubur.
No comments:
Post a Comment