“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
Di atas adalah bacaan dan maksud ayat
Kursi yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ayat Kursi amat agung di
sisi Allah S.W.T dan ketahuilah bahawa sewaktu ayat ini diwahyukan
kepada Rasulullah, terdapat beribu-ribu malaikat yang mengiringi ayat
Kursi kerana kebesaran dan kesuciannya. Oleh kerana keagungan ayat ini,
maka jin kafir yang paling kuat yang digelar Ifrit pun tidak mampu
menahan kehebatan ayat Kursi sehingga ia mati. Ikuti kisahnya.
Pada suatu
hari, seorang pedagang bernama Ka’ab telah pergi ke negeri Basrah dengan
membawa barang dagangannya untuk dijual. Setelah Ka’ab sampai di sana,
dia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh
pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. Kemudian Ka’ab melihat
ada sebuah rumah kosong yang dindingnya terdapat banyak sarang
labah-labah. Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang.
Ka’ab bertemu dengan tuan rumah tersebut dan ingin menyewa tempat itu
selama lebih kurang satu minggu.
Kata tuan punya rumah tersebut, “Rumah
ini aneh sekali, selalu menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut
kata orang, rumah ini didiami oleh jin Ifrit dan banyak orang yang
mendudukinya menjadi binasa”. Ka’ab berkata, “Meskipun demikian
memandangkan tempat lain tidak ada, saya sanggup tinggal di sini asal
saja tuan mengizinkan”. “Baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak
mengambil sebarang bayaran”, kata tuan rumah.

Ka’ab tinggal di rumah itu mulai petang
hari dan tidak merasa takut tetapi apabila tengah malam, Ka’ab nampak
bayang hitam dengan dua biji mata menyala-nyala seperti api mendekati
dirinya. Maka Ka’ab bangun membaca, “Allahula ilaha illa huwal hayyul
qayyuum” tetapi bayang-bayang itu selalu mengikuti apa-apa yang dibaca
oleh Ka’ab sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka’ab membaca
akhir ayat berbunyi, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul adziim”
tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya.
Ka’ab hairan dan ulanginya lagi membaca
kalimah terakhir tersebut, “Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul
adziim” tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka
dibacanya berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan
pandangan Ka’ab. Kemudian Ka’ab terbau sesuatu bau seperti ada sesuatu
yang terbakar. Kemudian Ka’ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat
apa-apa gangguan.
Keesokkan paginya Ka’ab mendapati di
salah satu sudut rumah itu terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang
telah terbakar dan nampak ada abunya. Di saat itu Ka’ab mendengar suatu
suara berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas”.
Ka’ab hairan dan berkata; “Dengan apa aku membakarnya?” Jawab suara itu,
“Dengan firman Tuhan: Walaa ya uduhu hifzuhumaa wa huwal alyyul
adziim”.
Seperti yang diketahui umum, jin Ifrit telah wujud dari zaman dahulu lagi dan ia pernah diceritakan bahawa jin Ifrit adalah salah satu daripada pembantu Nabi Sulaiman yang hebat sewaktu pemerintahan baginda.
#belajar ayat kursi
No comments:
Post a Comment