Syaitan laknatullah dan iblis laknatullah akan sentiasa mengganggu
manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan
setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat
ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis laknatullah
mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh
golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW menerangkan: Yang
bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan
syaitan di waktu maut."
Rombongan 1 - Akan datang iblis
laknatullah dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh
seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman
yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu
di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut,
maka diraba dan disentuhnya barangan iblis laknatullah itu, di waktu itu
nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 2 - Akan datang iblis laknatullah kepada
orang yang di dalam Sakaratul Maut itu merupakan diri sebagai rupa
binatang yang di takuti seperti, harimau, singa, ular dan kala yang
berbisa. Maka apabila yang sedang didalam Sakaratul Maut itu
memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat
sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari
badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam
keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan
ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3 - Akan datang iblis
laknatullah mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam Sakaratul
Maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat
kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu
berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat
dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba
(judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan
ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu
meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba
itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa
kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4 - Akan datang iblis laknatullah merupakan
dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati,
seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam
Sakaratul Maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu
kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang
dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan
5 - Akan datang iblis laknatullah merupakan dirinya dengan rupa
sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa
makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu
sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan
tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah
dan si ibu yang dirupai oleh iblis laknatullah, berkata dengan
rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami
bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan
menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan
marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Maka dia pun sudi mengikut
pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun
sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka
dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan
6 - Akan datanglah iblis laknatullah merupakan dirinya sebagai
ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai
muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah
kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan
kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu
diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit
itu datang kembali. Lalu datanglah pula iblis laknatullah yang
menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk
memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu
bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang yang sedang dalam Sakaratul
Maut: "Aku tidak tahu."
Berkata ulamak iblis laknatullah:
"Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru
sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu
hendak mengetahui Zat Allah hendaklah kamu patuh kepada kami."
Ketika
itu orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun memandang ke kanan dan ke
kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh iblis
laknatullah bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam Sakaratul
Maut). Kemudian orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu bertanya
kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis laknatullah merasa
gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu,
sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila
tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka
orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun dapat melihat satu benda yang
sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata
iblis laknatullah: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."
Berkata orang yang dalam Sakaratul Maut: "Wahai guruku, bukankah ini
benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam,
iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan
bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak
menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui
dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."
Dalam keraguan itu maka Malaikat Izrail pun datang dan terus
mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan
kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik
selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7 - Rombongan iblis
laknatullah yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72
barisan ialah kerana dia menepati iktikad Muhammad SAW bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang
benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah
bahawa iblis laknatullah itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia
Sakaratul Maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa ilaaha illallah untuk
menyelamatkan dirinya dari gangguan iblis laknatullah dan syaitan
laknatullah yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang
sedang dalam Sakaratul Maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang
bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang
hampir mati itu: Laa ilaaha illallah."
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment