Nabi Idris A.S adalah nabi kedua yang
wajib diketahui oleh umat Islam. Dikisahkan bahawa Nabi Idris diangkat
ke syurga kerana setiap hari dia membuat amal yang diterima sebanyak
alam penduduk bumi. Melihat akan hal itu, maka malaikat Izrail begitu
sayang kepadanya. Pada suatu hari, Izrail meminta izin kepada Allah
untuk turun ke bumi untuk berjumpa dengan Nabi Idris dan Allah
memperkenankannya.
Lalu turunlah Izrail ke bumi dalam
bentuk rupa seorang manusia biasa dan memberi salam pada Nabi Idris
serta duduk di sampingnya. Nabi Idris yang sedang berpuasa ketika itu
memperlawa tamunya untuk makan setelah tiba waktu berbuka puasa, namun
tamunya itu hanya mendiamkan diri. Nabi Idris pun meneruskan ibadahnya
sambil dilihat Izrail sehingga terbit fajar.
Melihat akan
hal tamu yang duduk di sebelahnya, maka Nabi Idris pun bertanya, “Hai
lelaki, mahukah kamu berjalan-jalan denganku supaya kita berasa senang?”
Lalu Izrail menjawab, “Ya, aku mahu”. Mereka berdua pun berjalan-jalan
dan tiba di sebuah ladang yang sangat subur tanamannya. Malaikat Izrail
berkata, “Bolehkah kamu izinkan aku mengambil buah-buahan itu?” Berkata
Nabi Idris, “Maha suci Allah, semalam kau tak mahu makan benda yang
halal dan kini kau mahu memakan benda yang haram”. Mendengar jawapan
Nabi Idris, Izrail pun terdiam.
Setelah itu, mereka pun berjalan selama 4
hari dan dalam tempoh itu Nabi Idris merasakan perbezaan tamunya itu
dengan manusia biasa, lalu Nabi Idris bertanya, “Aku dapati kau amat
berbeza sekali daripada manusia biasa lain. Oleh itu aku harap dapatlah
kau memberitahu aku siapakah dirimu”. Izrail menjawab, “Aku adalah
malaikat pencabut nyawa bernama Izrail”. Nabi Idris bertanya lagi,
“Sudah 4 hari kamu bersamaku, bagaimanakah kamu mencabut roh yang lain?”
Izrail pun berkata, “Memang kerjaku mencabut roh dan sesungguhnya ia
adalah perkara yang mudah seperti hidangan makanan yang aku hadapi”.
Kemudian Nabi Idris bertanya lagi,
“Wahai Izrail, adakah kau datang sekadar untuk menziarahi aku atau pun
mencabut rohku?” Jawab malaikat Izrail, “Aku datang menziarahimu dan aku
telah mendapat keizinan Allah”. Setelah mendengan jawapan Izrail, maka
berkatalah Nabi Idris, “Wahai Izrail, aku mempunyai hajat”. “Katakan
hajatmu itu”, jawab Izrail. Ujar Nabi Idris, “Hajatku padamu ialah kamu
hendaklah mencabut rohku. Kemudian Allah akan menghidupkan aku supaya
aku boleh kembali beribadah kepadaNya sesudah aku merasakan sakitnya
mati”. Izrail menjawabnya dengan tenang, “Sebenarnya aku tidak mempunyai
kuasa untuk mencabut roh seseorang kecuali dengan izin Allah”.
Atas permintaan Nabi Idris itu, Allah
mewahyukan kepada Izrail, “Hai Izrail, cabutlah nyawa Idris itu”. Maka
Izrail pun menurut perintah dan mencabut nyawa Nabi Allah itu dan
kematian Nabi Idris ditangisinya. Lalu Izrail memohon supaya Allah
menghidupkan kembali Nabi Idris yang menjadi teman baiknya. Allah
memperkenankan doa Izrail lalu Dia menghidupkan semula Nabi Idris.
Setelah hidup semula, maka Izrail
bertanya kepada Nabi Idris, “Wahai Idris, bagaimanakah rasanya mati
itu?” Jawab Nabi Idris, “Rasanya seperti mengupas kulit binatang yang
hidup, rasa sakitnya adalah lebih seribu kali ganda”. Berkata Izrail
pada Nabi Idris, “Aku mencabut nyawamu dengan cara yang paling lembut
sekali dan tidak pernah aku mencabut roh selembut ini”.
Nabi Idris kemudian menyatakan hasratnya
untuk melihat neraka jahanam kepada Izrail supaya dia boleh beribadah
dengan lebih tekun lagi selepas ini. Izrail pun berkata, “Aku tidak
dapat membawa kamu pergi tanpa izin dari Allah”. Lalu Allah mewahyukan
kepada Izrail, “Bawalah oleh kamu dan tunjukkanlah kepada Idris akan
neraka jahanam itu”. Lalu dibawanya Nabi Idris melihat neraka jahanam
dan Nabi Idris dapat melihat suasana yang mengerikan dalam neraka
tersebut.
Setelah keduanya kembali dari melihat
neraka jahanam, maka berkatalah Nabi Idris akan hajatnya lagi, “Wahai
Izrail, aku ingin sangat melihat syurga yang Allah ciptakan untuk
hambaNya yang taat”. Izrail menjawab, “Aku tak dapat membawamu kecuali
dengan izin Allah”. Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada Izrail, “Wahai
Izrail, bawalah Idris melihat syurga. Aku memberi izin kepadamu”.
Setelah sampai di pintu syurga, amaka
nampaklah Nabi Idris akan kecantikan syurga yang tidak ada tolok
bandingnya. Melihat hal yang demikian, Nabi Idris pun berkata, “Wahai
malaikat Izrail, aku telah merasakan sakitnya mati. Aku juga telah
melihat neraka serta siksaan di dalamnya. Oleh itu aku harap kamu
mohonlah pada Allah supaya aku dapat duduk di dalam syurga dan meminum
airnya supaya hilang rasa sakit mati dariku dan minta hindarkanlah aku
dari api neraka jahanam”.
Kemudian Izrail memohon kepada Allah dan
Allah memberi izin kepada mereka untuk masuk dan keluar dari syurga.
Setelah mendapat izin, Nabi Idris masuklah ke dalam syurga dan
meletakkan kasutnya di bawah sebatang pohon syurga. Nabi Idris
kemudiannya keluar dari syurga sambil berkata, “Wahai Izrail, aku
tertinggal kasutku. Oleh itu bawakan aku kembali ke dalam”. Nabi Idris
segera masuk kembali ke dalam syurga, tetapi setelah ditunggu beberapa
lama oleh Izrail, dia masih belum keluar lagi.
Maka risaulah Izrail lalu berkata,
“Wahai Idris, keluarlah kamu dari syurga”. Jawab Nabi Idris, “Aku tidak
mahu keluar dari syurga ini kerana Allah telah berfirman, ‘Kullu nafsin dzaaiqatul mauti‘
(dan tiap-tiap yang bernyawa itu mesti merasakan mati) dan sesungguhnya
aku telah mati”. Sambung Nabi Idris lagi, “Allah juga telah berfirman, ‘Wa-in minkum illaa waariduhha‘
(dan tidak adalah di antara kamu kecuali dia memasukinya) dan aku telah
masuk neraka”. Kemudian Nabi Idris berkata lagi, “Allah berfirman, ‘Wamaahum bimukhrijiina‘ (dan tidaklah mereka itu dikeluarkan daripadanya). Maka siapakah yang mengeluarkan aku daripadanya?”
Akhirnya Allah mewahyukan kepada
malaikat Izrail, “Hai Izrail, biarlah Idris itu. Sesungguhnya Aku telah
memutuskan di zaman azali bahawa sesungguhnya Idris itu adalah termasuk
dalam ahli syurga”.
Great! This page must be also read by other people. It contains a lot of useful ideas where everybody will benefit. Two thumbs for this post
ReplyDeleteNissan Pathfinder AC Compressor
thanks...please share this page to other people... so, they can read...
Delete