
Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut.
Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan. Hakikatnya Tuhanlah yang mendatangkan ujian itu.
Ujian yang datang ada tiga peringkat atau untuk tiga golongan manusia.
Untuk peningkatan darjat.
Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi.
Di dunia dia banyak berbuat amal soleh,
amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya.
Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat
kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian.
Ujian seperti ini adalah untuk para
rasul, para nabi, para wali dan paling rendah ialah orang soleh. Ujian
paling berat kita lihat dalam sejarah seperti yang ditanggung oleh para
nabi dan rasul yang mana ia sangat bersesuaian sekali dengan tingginya
darjat mereka.
Peringkat kedua:
Untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan. Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil.
Ini adalah kerana manusia biasa bukannya
maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita
merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa.
Jadi segala ujian ini Allah berikan tidak sia-sia dan ia ada dua tujuan:1. Penghapusan dosa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.
Sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Walaupun hamba-hamba-Nya telah berbuat dosa tapi masih diberi peluang untuk membersihkan dosa sebelum pulang ke pangkuan-Nya dengan jalan diberikan ujian-ujian. Kesabaran dan redha dalam menerima ujian itu akan dinilai oleh Allah sebagai penghapusan dosa.
2. Untuk ‘post-moterm’ diri
Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa.
Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa
tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud
Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian
Tuhan.
Jika terasa
berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan
kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama
manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,
“Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya
Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau
ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”
Manusia apabila ditimpa musibah sebagai ujian hidupnya, dia akan
mudah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika tidak dia akan
mudah lupa daratan, merasa diri hebat, tidak mahu terima pandangan orang
lain.
Ujian ini bagi orang yang faham ialah didikan terus dari Allah SWT.
Tetapi jika seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang didatangkan, ia
akan hilang pertimbangan dan tidak boleh menilai tujuan baik Tuhan
dalam memberi ujian itu.
Orang yang tidak redha ini biasanya
disebabkan tidak faham akan ilmunya. Jika ilmu mengenai ujian itu
sendiri tidak ada, bagaimana pula hendak mengamalkannya?

Bala atau hukuman dari Tuhan. Diperingkat ini ujian terbahagi pula kepada dua:
1. Untuk orang-orang kafir
Ujian diturunkan untuk semua peringkat manusia bukan untuk orang Islam sahaja bahkan termasuk juga orang-orang bukan Islam. Mereka juga menghadapi musibah kesusahan, kesedihan, mala petaka seperti gempa bumi, kebakaran, kematian dan sebagainya.
Tetapi oleh kerana mereka itu orang-orang
yang tidak beriman maka segala ujian yang ditimpakan ke atas mereka itu
tidak boleh meningkatkan diri mereka itu menjadi baik.
Malah mereka menjadi semakin jahat,
semakin jauh dari Tuhan. Jika mereka boleh bersabar sekalipun dengan
ujian tersebut, tiada pahala dan apa-apa kebaikan Akhirat untuk mereka.
Iaitu orang-orang Islam yang sudah terlalu jahat atau terlalu zalim dan sudah tidak boleh diinsafkan lagi. Tujuan didatangkan ujian di dunia ialah kerana Tuhan hendak hukum dia di dunia lagi sebelum di Akhirat.
Jika ujian yang Allah berikan di dunia
itu dapat menyedarkannya, maka selamatlah dia di Akhirat kelak. Itu pun
jika dia faham akan hikmah yang tersirat dalam ujian itu.
Kesimpulannya jika kita
diuji oleh Allah, lebih baik kita anggap diri kita dalam golongan
peringkat kedua kerana golongan dalam peringkat yang pertama hanya untuk
orang yang luar biasa iaitu para nabi dan rasul.. Kita anggap diri kita golongan yang banyak berdosa kepada Tuhan dan layaklah kita dihukum.
Kalau selepas diuji dia bertaubat, betulkan sembahyang, berpuasa, bermaaf-maafan, bertolong bantu, insya-Allah di samping Allah mengampunkan dosa kita, Tuhan juga akan selesaikan masalah kita.
No comments:
Post a Comment